apakah
erti cinta yang dipotretkan sebenarnya dalam kehidupan kita nie? jika
dilihat, dalam percintaan, manusia sering lupa bahawa pada penghujung
kebun perkasihan itu, hanya kuasa Allah S.W.T yang menentukan
segala-galanya…sewaktu asyik tenggelam dalam kemanisan bercinta, ada
ketika manusia menjadi lupa dengan kenyataan yang pahit..keseronokan
bercinta ada ketika menyebabkan manusia alpa bahawa sesungguhnya cinta
itu kadang-kadang menuntut pengorbanan..bercinta & berkasih bererti
kita harus bersedia dilukai & ada ketika kita sendiri melukakan
insan tersayang..hidup berkasih sayang juga membawa maksud kita
berkongsi segala-galanya..kita berkongsi jiwa,keluarga & derita..
cinta
adalah memberi ketika kita kekurangan..cinta juga adalah mengasihani
ketika kita dizalimi..cinta adalah memaafkan ketika kita
dikhianati..cinta..dapat mengubah debu beralih emas, keruh menjadi
bening, sakit menjadi sembuh, derita menjadi nikmat & kemarahan
menjadi rahmat…cinta itu adalah anugerah yang terindah kurniaan dari
Allah S.W.T…
gambar xde kena mengena.....^_____~ |
No comments:
Post a Comment