“Nabi kita namanya
Muhammad..ibu Nabi Siti Aminah..ayah Nabi namanya Abdullah..Abdul Mutalib nama
datuknya..Nabi dilahirkan di kota Makkah 12 hari dalam tahun gajah..menerima
wahyu di Gua Hirak..Nabi wafat di kota Madinah”
Disini kita boleh
nampak dah yang budak kecik pown dh tahu bila Nabi Muhammad dilahirkan
kan..hari ke-12 dalam tahun gajah..
Sebenarnya, Maulidur
Rasul berasal dari perkataan Arab (kelahiran Rasul) di mana ia merupakan hari
bersejarah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan
Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith
riwayat Muslim) bertarikh 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April
571 Masehi. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu
Wataala (S.W.T). Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan
kecil yang dikenali sebagai Maulidur Rasul atau Maulid Harta.
Kenapa pentingnya
nak ingat sangat kelahiran Nabi Muhammad s.a.w??...Masya’Allah, mengucap
panjang kita jika tetibe ada org yang bertanya demikian kan...seharusnya kita
sebagai seorang muslim muslimah perlu untuk mengingat segala peristiwa yang
berkaitan dengan Islam..Nabi Muhammad s.a.w. adalah utusan daripada Allah
s.w.t. untuk kita semua...Nabi jugaklah orang yang bertanggungjawab untuk
mengurangkan waktu solat kita sekarang...kalau tidak,agaknya berapa rakaat yang
perlu kita lakukan sekiranya Nabi tidak menolong kita.
Sebenarnya, Maulidur
Rasul tidak pernah disambut oleh Rasulullah SAW walaupun sekali. Begitu juga
para sahabat, tidak pernah menyambut hari kelahiran Rasulullah sewaktu hayat
Baginda. Malah sahabat-sahabat sendiri pada zaman itu tidak pernah menyambut
hari kelahiran mereka. Hal ini kerana sambutan itu belum menjadi budaya mereka
pada waktu itu. Tidak seperti kita pada hari ini, menyambut ulang tahun
kelahiran dengan pelbagai cara.
Pada zaman awal
Islam belum ada keperluan untuk mereka menyambut hari kelahiran kerana mereka
tidak mahu memikirkan usia mereka. Mereka juga tiada keperluan untuk menyambut
hari kelahiran Rasulullah kerana setiap hari mereka boleh bertemu Rasulullah
terutama apabila berasa rindu. Mereka ini meskipun tiada berkesempatan untuk
bertemu Rasulullah, sekurang-kurangnya selawat akan meniti pada bibir mereka. Tetapi
pada zaman tabi’in, umat Islam sudah berselerakan ke seluruh dunia dan dalam
keadaan itu mereka semakin jauh dengan Makkah dan Madinah. Tidak dinafikan,
sebahagian mereka lupa untuk mengamalkan Islam lantaran semakin jauh daripada
roh ajaran dan perjuangan Rasulullah. Mujurlah ulama masih ada lalu mengambil
inisiatif untuk membimbing orang ramai ke jalan benar.
Di celah-celah itu
lahirlah sebuah karya yang diberi nama al-Barzanji nukilan Syeikh Jaafar
al-Barzanji. Di dalamnya mengandungi kisah Rasulullah SAW semasa kelahiran
sehingga wafatnya. Kemudian kisah itu dibacakan kepada orang ramai yang
dipersembahkan dengan cara yang menarik bagi membangkitkan rasa kecintaan
kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya. Namun untuk membangkitkan rasa cinta
kepada Rasulullah SAW dalam jumlah yang lebih ramai maka diadakan majlis itu
pada hari kelahiran Rasulullah SAW. Di sinilah bermulanya sambutan Maulidur
Rasul dalam sejarah Islam.
Hari itu dipilih
bukan semata-mata untuk sambutan hari lahir tetapi satu taktik untuk mengumpul
orang bagi memperdengarkan kisah Rasulullah SAW yang semakin dilupakan. Sebab
itu kalau kita lihat, apabila menyambut Maulidur Rasul, ceramah berkenaan
kelahiran Nabi Muhammad s.a.w pasti akan kita dengari...walaupun setiap tahun
isinya sama, malah ianya tidak pernah kita jemu untuk mendengar..matlmatnya, semoga
umat boleh kembali kepada ajaran Rasulullah seperti zaman sahabat dahulu.
Berdasarkan sejarah
itu, maka sambutan Maulidur Rasul yang dilaksanakan pada hari ini seharusnya
bukan semata-mata untuk meraikan hari kelahiran Rasul. Itu bukanlah matlamat
asal sambutan tetapi lebih kepada usaha mengingatkan kembali umat Islam kepada
Rasulullah SAW dan perjuangannya. Oleh sebab itu, acara yang boleh dihidangkan
pada hari itu boleh dipelbagaikan asalkan menjurus kea rah menyedarkan umat
Islam kea rah mengingati Rasulullah dan perjuangannya. Kalau dahulunya
dibacakan barzanji tentu tidak salah pada hari ini disampaikan ceramah di
samping pembacaan sejarah Rasulullah, bernazam, bernasyid, membaca al-Quran dan
banyak lagi.
Yang penting semua
itu boleh menyedarkan umat Islam kepada mengingati perjuangan Rasulullah.
Dengan acara tersebut tidak timbul isu bidaah seperti yang selalu kita dengar
dakwaannya pada hari ini kerana semua aktiviti itu pernah berlaku pada zaman
Rasulullah SAW dan baginda tidak pula melarangnya. Pada hari ini kita tambahkan
lagi aktiviti dengan perarakan sepanduk sambil berselawat dan niatnya juga
untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW. Amalan berarak ini pernah
dilakukan para sahabat ketika menyambut ketibaan Rasulullah SAW di Madinah dari
Makkah. Ternyata perbuatan sahabat itu tidak dilarang oleh Baginda.
Sempena sambutan itu
juga, ditambahkan acara memberi anugerah dan penghargaan kepada orang tertentu.
Amalan ini juga dilihat baik dan boleh membawa kepada rasa minat seseorang untuk
mencontohi Rasulullah. Sambutan ini perlu dibezakan dengan sambutan Barat
terhadap sambutan hari lahir diri sendiri, sambutan acara potong kek, menyanyi
dan menari dan sebagainya dan juga tidak sama dengan sambutan hari lahir bagi
orang yang hidup dengan mati.
Jadi, semoga amalan kita
pada hari ini menyambut Maulidur Rasul diterima oleh Allah SWT sebagai ibadah
mengingati dan mensyukuri nikmat yang Allah s.w.t. berikan ini..InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment