StoRy

Thursday 8 September 2011

CinTa....♥♥♥♥

cinta itu adalah universal…cinta ada dimana-mana diruang dunia..dalam mengharungi cinta, terdapat pelbagai adunan perasaan..cemburu,bimbang,gembira & sedih..cinta sebenarnya mengajar kita menjadi seorang yang tabah bila kita kesakitan kerananya & cinta juga membuat kita bahagia apabila kita gembira dengannya..cinta adalah satu perasaan yang lengkap..tanpa cinta, manusia akan menjadi buta hatinya…cinta mungkin datang sekali dalam hidup atau juga mungkin berkali-kali..terpulanglah bagaimana kita menikmatinya..paling penting kejujuran kita & juga perasaan ikhlas terhadap orang yang kita cinta…walau sehebat mane dugaan yang melanda dalam sebuah percintaan, jika teras kejujuran & keikhlasan kita pada pasangan adalah terlalu kukuh & tebal, insyaAllah ianya tidak akan sesekali menjdai penghalang perhubungan itu…

apakah erti cinta yang dipotretkan sebenarnya dalam kehidupan kita nie? jika dilihat, dalam percintaan, manusia sering lupa bahawa pada penghujung kebun perkasihan itu, hanya kuasa Allah S.W.T yang menentukan segala-galanya…sewaktu asyik tenggelam dalam kemanisan bercinta, ada ketika manusia menjadi lupa dengan kenyataan yang pahit..keseronokan bercinta ada ketika menyebabkan manusia alpa bahawa sesungguhnya cinta itu kadang-kadang menuntut pengorbanan..bercinta & berkasih bererti kita harus bersedia dilukai & ada ketika kita sendiri melukakan insan tersayang..hidup berkasih sayang juga membawa maksud kita berkongsi segala-galanya..kita berkongsi jiwa,keluarga & derita..

dalam menggapai impian hidup, tak semuanya dicapai itu indah-indah belaka..ada ketika kita harus bersedia untuk melalui detik getir yang mungkin tidak pernah kita fikirkan sebelum ini..

cinta adalah memberi ketika kita kekurangan..cinta juga adalah mengasihani ketika kita dizalimi..cinta adalah memaafkan ketika kita dikhianati..cinta..dapat mengubah debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, derita menjadi nikmat & kemarahan menjadi rahmat…cinta itu adalah anugerah yang terindah kurniaan dari Allah S.W.T…

gambar xde kena mengena.....^_____~
 paling penting penyerahan jiwa pada Allah S.W.T adalah cara terbaik untuk mencari ketenangan sejati…

No comments:

copyright@ nadikehidupanku.blogspot.com