StoRy

Thursday 24 January 2013

Menang Short Segmen by NAA


Bismillahiramanirahim..

Masih ingat hari tu saya ada join short segmen by 1 blogger known as NAA...xingat???huhuhu...xingat pi SINI...hihihi...

Sebenarnya bile join pape segmen saya x budget pape pown...maksudnye saya x akan pikir langsung la yang saya akan ada chance nak menang pape kan...but saya join untuk kembangkan dunia blogging saya..supaya saya dapat ramai lagi kawan blogger...
Tapi kan...bila pagi tadi 24 Januari 2013, bila saya bukak blog saya..tengok dekat chatbox tetibe terbaca chat from NAA : 


Terkejut???hah??yeke2x???hihihi....rasa teruja la...tau bagi orang yang dh selalu menang, mesti xkan seteruja saya tapi saya rasa sangat teruja la...terkedu pown yea...xsangka sangat boleh menang salah satu hadiah dari segmen nie...hadiahnya (bloglist setahun dan promote blog)...wah,bestnye...walaupun xmenang yang utama, tapi rase happy sangat sebab menang sesuatu daripada NAA...tq so much NAA memilih saya sebagai salah seorang pemenang short segmen anda...i’m HAPPY....>____<


Semoga selepas ini saya xkan rasa rendah diri lagi untuk berblogging....yeah!!!dapat semangat selepas blog telah di review oleh AkuPenghibur & jadi salah seorang pemenang short segmen by NAA...
TQ guys...love u la...



Review Blog oleh AkuPenghibur

Bismillahiramanirahim..

Dah 2 hari nak buat post tentang ini...hihihi....okey,straight to the point...

Saya sedar saya blogger baru...memang xyakinlah ada orang akan review blog saya kan...tapi kan3x...hihihi....ada seorang blogger budiman yang sudi telah mengreview blog pinky ku ini....suka1000x sangat....rasa nak tepuk kapala sendiri...betul ke???hihihi...ade jugak yang sudi singgah di sini dan review blog ku ini di blog nya yang famous lagi glamour itu...orang yang budiman itu ialah...........................AKUPENGHIBUR...........tq dear...suka sangat.....

Mai tengok apa yang dia kata mengenai blog ini :-







Nak tengok siapa lagi yang telah direview oleh beliau, meh terjah di pagenya...AkuPenghibur...

Terima kasih so much pada kamu kerana sudi review blog saya yang serba kekurangan lagi naif ini...




Ya Rasulullah


Bismillahirahmanirahim.

Pagi-pagi bangun duk teringat nasyid dari Raihan ni..salah satu lagu favourite yang sejuk telinga untuk didengari..bukak youtube cari nasyid ni...alhamdulillah..now, nak share plak ngan kengkawan...

Sempena Maulidur Rasul hari ini, ingatlah kita kepada Nabi Muhammad s.a.w. Nabi junjungan kita akhir zaman..tiada pengganti selepas Nabi, tiada yang kedua selain darinya..memang selalu berangan nak jumpa Nabi..tapi mana mungkin kan..jadi,cara yang boleh kita lakukan adalah dengan mengingati dan menghayati perjuangannya untuk kita umat Islam..



Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu...

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Bismillahirahmanirahim...



Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Salam Maulidur Rasul

Bismillahirahmanirahim.....


Sempena dengan hari baik iaitu hari keagungan kita, diambil sempena mengingati hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w..saya nak bercerita sedikit mengenai Maulidur Rasul....Masa umur anak saudara saya 5tahun, pasti akan dengar dah dia nyanyi lagu ni..


“Nabi kita namanya Muhammad..ibu Nabi Siti Aminah..ayah Nabi namanya Abdullah..Abdul Mutalib nama datuknya..Nabi dilahirkan di kota Makkah 12 hari dalam tahun gajah..menerima wahyu di Gua Hirak..Nabi wafat di kota Madinah”

Disini kita boleh nampak dah yang budak kecik pown dh tahu bila Nabi Muhammad dilahirkan kan..hari ke-12 dalam tahun gajah..

Sebenarnya, Maulidur Rasul berasal dari perkataan Arab (kelahiran Rasul) di mana ia merupakan hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim) bertarikh 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 Masehi. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala (S.W.T). Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulidur Rasul atau Maulid Harta.


Kenapa pentingnya nak ingat sangat kelahiran Nabi Muhammad s.a.w??...Masya’Allah, mengucap panjang kita jika tetibe ada org yang bertanya demikian kan...seharusnya kita sebagai seorang muslim muslimah perlu untuk mengingat segala peristiwa yang berkaitan dengan Islam..Nabi Muhammad s.a.w. adalah utusan daripada Allah s.w.t. untuk kita semua...Nabi jugaklah orang yang bertanggungjawab untuk mengurangkan waktu solat kita sekarang...kalau tidak,agaknya berapa rakaat yang perlu kita lakukan sekiranya Nabi tidak menolong kita.

Sebenarnya, Maulidur Rasul tidak pernah disambut oleh Rasulullah SAW walaupun sekali. Begitu juga para sahabat, tidak pernah menyambut hari kelahiran Rasulullah sewaktu hayat Baginda. Malah sahabat-sahabat sendiri pada zaman itu tidak pernah menyambut hari kelahiran mereka. Hal ini kerana sambutan itu belum menjadi budaya mereka pada waktu itu. Tidak seperti kita pada hari ini, menyambut ulang tahun kelahiran dengan pelbagai cara.

Pada zaman awal Islam belum ada keperluan untuk mereka menyambut hari kelahiran kerana mereka tidak mahu memikirkan usia mereka. Mereka juga tiada keperluan untuk menyambut hari kelahiran Rasulullah kerana setiap hari mereka boleh bertemu Rasulullah terutama apabila berasa rindu. Mereka ini meskipun tiada berkesempatan untuk bertemu Rasulullah, sekurang-kurangnya selawat akan meniti pada bibir mereka. Tetapi pada zaman tabi’in, umat Islam sudah berselerakan ke seluruh dunia dan dalam keadaan itu mereka semakin jauh dengan Makkah dan Madinah. Tidak dinafikan, sebahagian mereka lupa untuk mengamalkan Islam lantaran semakin jauh daripada roh ajaran dan perjuangan Rasulullah. Mujurlah ulama masih ada lalu mengambil inisiatif untuk membimbing orang ramai ke jalan benar.

Di celah-celah itu lahirlah sebuah karya yang diberi nama al-Barzanji nukilan Syeikh Jaafar al-Barzanji. Di dalamnya mengandungi kisah Rasulullah SAW semasa kelahiran sehingga wafatnya. Kemudian kisah itu dibacakan kepada orang ramai yang dipersembahkan dengan cara yang menarik bagi membangkitkan rasa kecintaan kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya. Namun untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dalam jumlah yang lebih ramai maka diadakan majlis itu pada hari kelahiran Rasulullah SAW. Di sinilah bermulanya sambutan Maulidur Rasul dalam sejarah Islam.

Hari itu dipilih bukan semata-mata untuk sambutan hari lahir tetapi satu taktik untuk mengumpul orang bagi memperdengarkan kisah Rasulullah SAW yang semakin dilupakan. Sebab itu kalau kita lihat, apabila menyambut Maulidur Rasul, ceramah berkenaan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w pasti akan kita dengari...walaupun setiap tahun isinya sama, malah ianya tidak pernah kita jemu untuk mendengar..matlmatnya, semoga umat boleh kembali kepada ajaran Rasulullah seperti zaman sahabat dahulu.

Berdasarkan sejarah itu, maka sambutan Maulidur Rasul yang dilaksanakan pada hari ini seharusnya bukan semata-mata untuk meraikan hari kelahiran Rasul. Itu bukanlah matlamat asal sambutan tetapi lebih kepada usaha mengingatkan kembali umat Islam kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya. Oleh sebab itu, acara yang boleh dihidangkan pada hari itu boleh dipelbagaikan asalkan menjurus kea rah menyedarkan umat Islam kea rah mengingati Rasulullah dan perjuangannya. Kalau dahulunya dibacakan barzanji tentu tidak salah pada hari ini disampaikan ceramah di samping pembacaan sejarah Rasulullah, bernazam, bernasyid, membaca al-Quran dan banyak lagi.

Yang penting semua itu boleh menyedarkan umat Islam kepada mengingati perjuangan Rasulullah. Dengan acara tersebut tidak timbul isu bidaah seperti yang selalu kita dengar dakwaannya pada hari ini kerana semua aktiviti itu pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan baginda tidak pula melarangnya. Pada hari ini kita tambahkan lagi aktiviti dengan perarakan sepanduk sambil berselawat dan niatnya juga untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW. Amalan berarak ini pernah dilakukan para sahabat ketika menyambut ketibaan Rasulullah SAW di Madinah dari Makkah. Ternyata perbuatan sahabat itu tidak dilarang oleh Baginda.

Sempena sambutan itu juga, ditambahkan acara memberi anugerah dan penghargaan kepada orang tertentu. Amalan ini juga dilihat baik dan boleh membawa kepada rasa minat seseorang untuk mencontohi Rasulullah. Sambutan ini perlu dibezakan dengan sambutan Barat terhadap sambutan hari lahir diri sendiri, sambutan acara potong kek, menyanyi dan menari dan sebagainya dan juga tidak sama dengan sambutan hari lahir bagi orang yang hidup dengan mati.
Jadi, semoga amalan kita pada hari ini menyambut Maulidur Rasul diterima oleh Allah SWT sebagai ibadah mengingati dan mensyukuri nikmat yang Allah s.w.t. berikan ini..InsyaAllah.


Sunday 20 January 2013

Segmen : Saya Nak Cursor Name By Hawa

SEGMEN lagi??????????

Yeah!!!!!!!hihihi....kan dah cakap tadi...ngah ade mood....so TERJAH MENERJAH la gamaknya...hihihi....

NAK CURSOR NAME free x?????ok,kalo nak jom meh pakat ramai-ramai join segmen nie.....hihihi

Ape perlu buat????...ok, KLIK SINI atau klik pada BANNER di bawah yea kawan-kawan....



Ok,lepas tu follow instruction yea macam saya tengah buat.....hihihi

nama : ieja ayol
warna font : kod F30BB9 (ala-ala pink purple)
jenis font : yang mcm lee min ho


ok, sekarang nak tag kawan2 plak....sape yek???

kawan bertuah : FAHZ , sis SALMI , WAWA

DONE!!!!...cepat hantaq,nanti terlepas.....*_____________________________^

#1 Giveaway Day Challenge By Nabila Medan


LAGI-LAGI SEGMEN!!!!!!!!!!

Tetibe rase ade mood nak join segmen2 yang dibuat oleh blogger2 seantero dunia...hikhik...sementara ade mood jom kita TERJAH!!!!!!!!!

yeah...TERJAH MENERJAH.......ingat Melodi jea leh terjah2...hihihi....

OK,nie 1 lagi segmen yang saye baru nmpak tdi...tarikh tamat pown hari nie...masih sempat lagi nie...hihihi...mane tau yg terakhir itu yang bertuah kan.....>____<

Ok,KLIK SINI atau klik saje pade banner di bawah yea kawan2....



Syarat-syarat yang ditetapkan pown senang:-
1) Pastikan korang follow blog NABILA MEDAN
2) Tinggalkan link blog korang dikotak komen
3) Siapa yang nak buat entri boleh , korang akan mendapat 2 cabutan bertuah nanti (tengah ade mood nak menaip entry...hihihi...cabutan bertuah???hukhuk...saya xpernah bertuah)

Tarikh Tamat
20 Januari 2013 , 11.59 Malam

Pemenang Akan Diumumkan Pada
21 ATAU 22 Januari 2013

Hadiah Untuk Giveaway Day Challenge #1
Rilakumma Wooden Clip

Jumlah Pemenang
Seorang (Cabutan Bertuah)

Segmen : Pencarian Bloglist Jan 2013

NAK JOIN TAK SEGMEN SENANG LAGI MUDAH?????????...KLIK BANNER DI BAWAH YEA KAWAN2........




YEAH!!!!!!!!!...I'M DONE!!!!!!!SO,TUNGGU APA LAGI...CEPAT2 JOIN.....>_____<

SHORT SEGMENT BY NAA

Bismillahirahmanirahim....

A very very SHORT SEGMEN....hihihi....mai2 kita ramai2 meriahkan segmen by Nurul Ain ni....saya blogger baru, so saya suka nak join2 segmen2 nie...hihihi....ok,korang boleh klik blog Nurul Ain....then,follow all the instruction given there...simple,easy & nice.....>_____<



saya xde fanpage FB...hukhuk....(segan+malu)....saya budak baru belajar.....


i do love pink

ok done!!!!!!!!!!!...agak2 ada harapan menang award nie x????hihihi....apepown i'm enjoying myself with blogging.....please support my blog dear friends...............^_______________________^


Kelahiran Anak Perempuan Kedua Datuk Dr. Sheikh Muszaphar & Dr. Halina

Bismillahirahmanirahim.....

Datuk Dr. Sheikh Muszaphar........siapa yang xkenal kan???ANGKASAWAN NEGARA pertama....tonggak sejarah negara.....sangat berbangga dengan beliau....semenjak mengajar subjek Sejarah di sekolah nie...asyik duk mengingat sejarah negara jea....hihihi....ok2....stop2....




Sebenarnya nak cerita pasal berita terkini Datuk Dr. Sheikh Muszaphar nie....alhamdulillah, semalam kira-kira jam 7.53 malam, keluarga angkasawan negara ini serta isterinya, Dr. Halina semakin diserikan lagi dengan kehadiran cahaya mata perempuan kedua mereka. Baby girl lagi....tapi alhamdulillah....syukurlah dengan pemberian-NYA....saya yang baca pown rase sangat terharu...bilalah pulak turn saya kan untuk dapat baby....insyaAllah, one fine day...amin amin amin....




Jutaan tahniah diucapkan kepada Sheikh Muszaphar sekeluarga....semoga dengan kehadiran anak kedua ini, keluarga mereka akan bertambah ceria dan dimurahkan rezeki....semoga Bella & adiknya akan menjadi anugerah terindah buat Datuk Dr. Sheikh Muszaphar & Dr. Halina....Amin....

BaBy



Bismillahirahmanirahim...

Ya Allah...hati ini disentap kesedihan...digilis kepiluan...tapi apala dayaku....hanya mampu bersabar & terus bersabar....hanya mampu berdoa & terus berdoa...hanya mampu berusaha & terus berusaha....DIA Maha Adil....mungkin semuanya ada hikmah tersembunyi....mungkin aku yang tidak nampak...mungkin aku yang tidak sedar....

Ya Allah...kuatkanlah hati hamba-MU ini...tabahkanlah aku...tetapkanlah imanku untuk-MU...supaya aku tahu erti kesabaran yang sebenar...supaya aku sedar dengan keagungan-MU Ya Allah...aku hanya insan lemah yang kadang kala lupa untuk bersyukur....

Kun Fa Ya Kun....Ya Allah...hanya Engkau yang berhak ke atas diriku...hanya Engkau yang berhak untuk memberi....Ya Allah,aku tau Engkau mendengar segala doaku Ya Allah...kurniakan aku keajaiban-MU ini Ya Allah...kerana Engkau sajalah yang Maha Berkuasa ke atas diriku ini....amin amin amin






Sabarlah wahai hati...sabarlah fariza...kerana sabar itu cantik...cantik di mata Allah s.w.t...jangan berputus asa kerana rezeki Allah s.w.t. itu sentiasa ada untuk hamba-hambaNYA....

RPT Sejarah T4

Salam semua!!!!!!!!!
Tetibe ade mood nak mengupdate blog lagi...entahla...bdn nie ntah apo kono...jap ade mood jap xde mood...hihihi...ok entry kali khas untuk kawan2 cikgu sejarah yang sedang mencari RPT sejarah Tingkatan 4...dipersilakn copy dari sini yea....

Monday 14 January 2013

Followers ke-30

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah...syukur masih sihat,masih diberi peluang untuk menikmati alam ini....

Alhamdulillah....follower saya sudah meningkat sikit hari ini....saya bukan blogger terkenal,maka memang susah la nk tambah kenalan rangkaian blogger kan...pape pown thanx a lot kepada semua yang sentiasa bagi support pada saya...tq guys....

Masih ingat dengan entry saya yang duk menunggu follower yang ke-30...entry yang ini DISINI....Akhirnya pagi ini bile saya bukak blog,ternyata sudah ada followernye....nak tau siapa????hihihi.....

Yeah,inilah orangnya....



Seperti yang saya janjikan dalam entry itu, saya akan bagi something....ok,so kepada Asmar Arafad, please send me your address, name, no phone for the gift....TQ TQ TQ for supporting me!!!!!!!!!!!!!!!!

Segmen 1: My Follower


Assalamualaikum wbt


Saya sentiasa berusaha untuk menjadi seorang blogger yang aktif...yang punya  ramai teman...dulu saya xtau pape...blogging just untuk diri sendiri...dalam usaha saya nak tambah ramai kenalan dalam rangkaian blogging ini, saya nak ajak kawan-kawan semua untuk join this very easy & simple segmen from Permata Biru..




Kenapa cakap easy....bak kata Permata Biru, tengok tajuk segmen pown dah leh tau it is simple & nice (saya tambah sendiri sbb mmg nice pown)....hihihi...

Ok,disini saya sertakan syarat-syarat yang dikeluarkan oleh tuan tanah untuk sesiapa yang berminat menyewa tanahnya...hihihi :

1. follow her & she will follow u back....
 2. buat satu entry bertajuk "segmen 1: my follower" 
3. dalam entry kita ini,kita kena masukkan link entry segmen TUAN TANAH ni, jumlah follower kita yang terkini(nk print screen pun boleh)--(segan sebab followe xramai...hihihi) dan ajak rakan-rakan lain join sama (so,saya nak tag la pada WHODER , YANA , BIELA, QILA
 4. copy & paste link entry yang telah kita hasilkan dekat bahagian komen entry tuan tanah tadi
 5. tuan tanah akan update senarai peserta dan kita yang join segmen nie HARUS/PERLU/MESTI/WAJIB follow semua peserta/blogger yang join segmen nie nanti
6. beberapa peserta bertuah akan dicari dr segmen nie..
7. tarikh tutup penyertaan:15 januari 2013 jam 12 tengahari. 


Tika tarikh menunjukkan angka 14 Januari 2013 & kala jarum jam ke arah 1.05 a.m, inilah jumlah follower friend saya....sangat sikit tapi thanx a lot kepada mereka kerana sudi menjadi rakan blogger saya....



Jadi, apa tunggu lagi wahai rakan-rakan....MAi la Jom kita support Segmen Permata Biru ini...moga kita dapat pa yang kita hajatkan=)


Wassalam....

Sunday 13 January 2013

Followers Ke-30

Nak menunggu follower friend yang ke-30....nak kiss byk2 (ekekekeke...gurau saja)....nak give something....

Giveaway Nadikehidupanku 2013: Setia Hujung Nyawa




Asalammualaikum & selamat sejahtera...

AHAD : 13 Januari 2013....Alhamdulillah....sejak join contest BRO HANIF & blogwalking & mengomen & mengadd blogger2...followers pown bertambah sikit...mungkin saye bukan seorang penulis yang baik....xmahir untuk mengupdate post2 yang menarik....xberkemampuan untuk mencurahkan idea yang unik untuk tatapan pembaca2 semua....tapi saye suka menaip/menulis/menceritakan apa sahaja.....

Terima kasih kepada new followers....tanpa kalian saya mmg putus asa....hihihi....tapi kini saya semakin bersemangat....dan untuk menambahkan semangat saya....saya berniat untuk memberikan yang terbaik kepada followers saya....ecececece.....

Dengan semangat baru selepas mendapatkan ilham dari blogger2 sedia ada, saya mengambil inisiatif untuk mengadakan segmen Giveaway kepada semua blogger2 yang mengenali & tidak mengenali diri ini.....saya masih baru,perlu banyak tunjuk ajar...mungkin daripada anda saya dpt belajar sesuatu....


Tiada apa sangat yang ingin saya berikan....ini sebagai permulaan....insyaAllah kalo mendapat sambutan saya akan teruskan usaha saya untuk memberikan kalian semua yang terbaik.....ok semua....inilah hadiah yang saya akan berikan....Naskah Cinta yang mengandungi buku "Surah Yaasin+Al-Ma'thurat+Asmaul Husna+Surah-surah Amalan"...


Pemenang ke-2 akan menerima kad topup : RM10 & ke-3 menerima kad topup: RM5......

Ok,apa yang perlu ada buat???hihihi.....oleh kerana saya ni peminat drama slot Akasia (isnin-Jumaat jam 7.00 petang), so ianya mestilah berkaitan dengan SETIA HUJUNG NYAWA....hihihihi.....

Apa yang kalian perlu lakukan ialah:
1)   1 gambar yang bertajuk "Setia Hujung Nyawa".....pemilihan gambar adalah berkaitan dengan diri kalian sendiri....mungkin boleh amik gambar kalian suami isteri / gambar family/ gambar kawan-kawan.....
2)  Tuliskan entry pendek apa yang maksud Setia Hujung Nyawa di sebalik gambar yang kalian letakkan itu.

Syarat penyertaan:
a)    Entri kalian mestilah bertajuk Giveaway Nadikehidupanku 2013: Setia Hujung Nyawa dan tepekkan banner dan link ke entri ini.
b)    Be as my Follower Friends (yang nie saya malu sikit nak request).
c)    Tag 2 rakan kalian.
d)    Tarikh tutup : 28 Februari 2013

Pemenang dipilih berdasarkan jumlah komen terbanyak dalam entri tersebut di blog anda.

Tiada niat tersembunyi di sebalik Giveaway ini selain dari bertujuan untuk menambahkan rangkaian rakan-rakan blogger dalam bloglist saya ini dan menghargai kalian sebagai rakan blogger saya.






Friday 11 January 2013

Panggilan Review Blog Gempak By AkuPenghibur.Com

Assalammualaikum semua!!!!!!!!!!
Actually post kali ni xde kena mengena ngan saya....jom same2 kita vote for this blogger....utk Social Media Award 2013......try bukak blog tuan punya tanah.....at least bila kita vote for him....he'll help u guys too....trust him & support him.....



Good Luck AKU PENGHIBUR....insyaAllah ada rezeki pasti akan menang untuk Favourite LIfesytle Blog....chaiyok2......

Hanif Idrus Giveaway 2013 Segmen

Salam.........semoga semua dirahmati-NYA.....first time ni...hahaha....xpernah join ape2 giveaway pown sebelum nie.....xmenang pown xpe,at least leh masuk di kalangan blogger2....saya blogger baru....masih byk nk kena belajar.....lagipown tgk EN.HANIF offer key-chain....mmg favourite kumpul key-chain nie.....hihihi.....



Sebab masih belum ramai kawan....inilah orang yg sangat special yg terpilih untuk ditag.....>______<


Tag :


copyright@ nadikehidupanku.blogspot.com