StoRy

Friday 11 January 2013

Setia Hujung Nyawa


“Aku hanya ingin bersamamu kerana aku telah terlanjur mencintaimu”


Novel Setia Hujung Nyawa hasil garapan kreatif Fatin Nabila terbitan Alaf 21. Novel setebal 469 muka surat ni telah diadaptasi dan sedang ditayangkan dalam slot Akasia TV3. Drama adaptasi ini tengah berada di kemuncak kegemilangan sebab ramai yang sedang memperkatakan tentang drama ini. Majoriti mengatakan cerita ini best dan memang sentiasa diikuti. Mesti semua sedang xsabar nak tunggu episod seterusnya kan minggu depan. Same goes to me!!!!...Hikhik....

Dah baca novel karya Fatin Nabila ini??? Dari ringkasan kulit novel cerita ini nampak menarik dan mencuri perhatian sesiapa yang membacanya.

“ Ersalina Imani dan Zain Hakimi adalah watak utama dalam novel ini. Bermulanya cerita Ersalina seorang gadis 17 tahun menunggu keputusan SPM. Gadis yang terlalu naif tentang kehidupan dan pernah terlanjur bersama teman lelakinya. Dia juga tidak tahu apa akibatnya dimasa akan datang. Ersalina dilamar oleh Datin Adibah untuk mejadi menantu bidang terjun dan isteri kepada anaknya Zain Hakimi menggantikan tempat Sofea hilang entah kemana. Kelembutan dan keayuan Ersalina menambat hati Datin Adibah. Haliza ( ibu Ersalina ) menerima pinangan Datin Adibah bagi menutup satu rahsia yang akan memalukan keluarga. Tanpa memikirkan akibatnya, mereka dikhawinkan dengan perkenalan kurang dari seminggu. Bermula episod kehidupan baru Ersalina dan Zain sebagai suami isteri.

Mereka memilih untuk menjadi rakan serumah dan belajar untuk menyemai rasa cinta . Tat kala perasaan cinta sudah membara dan berjanji untuk menjalinkan hubungan suami isteri. Zain terkejut bila Ersalina keguguran, isteri yang belum sempat disentuh . Disinilah pergolakan rumah tangga mereka bermula. Zain merasa dirinya tertipu dan memujuk hati dan untuk menerima Ersalina dalam hidupnya demi menjaga hati keluarga dikedua belah pihak . Kemarahan dan amukan Zain dah menjadi rencah kehiduapan Ersalina. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Perasaan cinta Zain yang terlalu dalam pada Ersalina, Zain menerima Ersalina kembali sebagai isteri sepenuhnya.

Dugaan terus membadai, Zain terlibat dalam kemalangan dan rahsia yang disimpan rapi terbongkar dan didengari oleh Datin Adibah. Zain Koma ... Datin Adibah membenci Ersalina dan keluarga dan menganggap keluarga Ersalina menipu dan mengambil kesempatan diatas keluarganya. Ersalina berjanji dan tekad ingin setia hingga kehujung nyawa walau apa terjadi sekalipun . Sedar dari koma Datin Adibah memaksa Zain menceraikan Ersalina dan berjanji mencari isteri yang jauh lebih baik dari Ersalina. Sibuk mencari menantu yang berbaik Datin Adibah dikejutkan satu berita yang tidak disangka-sangka. 8 tahun yang lalu zain juga pernah merosakkan anak gadis orang dan tidak mahu bertanggungjawab. Ia memberi alasan kerana mereka terlalu muda ketika itu. Kesudahan novel ini happy ending. So, mungkin jalan ceritera mereka dalam drama jugak akan berakhir dengan happy ending. Sekarang masih dalam plot anti-klimaks....hahaha....yo oh yo oh je den nie.....>__<


Sinopsis dari kulit novel

Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.


Sepotong Ayat  :" LELAKI yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina ataupun perempuan musyrik, dan perempuan yang berzina tidak mengahwini melainkan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan ke atas orang - orang yang beriman" ( Surah Al-Nur : 3)


"promo Setia Hujung Nyawa slot Akasia 7-8 p.m"


" trailer drama Setia Hujung Nyawa"





" soundtrack Setia Hujung Nyawa - ADAMU: Najwa Latiff "


Last Minute-Maafkan Aku ost Setia Hujung Nyawa



Sastera Kupu-Kupu : Mimie Haris ost Setia Hujung Nyawa 



Mata Hati : Nubhan Ost Setia Hujung Nyawa 

No comments:

copyright@ nadikehidupanku.blogspot.com