StoRy

Wednesday 9 January 2013

KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH


Mandi awal pagi bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan. Malah mandi awal pagi iaitu sebelum solat Subuh merupakan antara amalan Rasululah SAW. 

Antara manfaat mandi awal pagi ialah:

  • Melancarkan peredaran darah 
    Jika peredaran darah lancar maka tubuh akan menjadi lebih sihat dan bertenaga.
  • Kulit lebih lembut dan halus 
    Mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan lingkaran gelap bawah mata. Kuku juga akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.
  • Meningkatkan kesuburan
    Tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila mandi pada waktu pagi. Justeru, dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.
  • Mengurangkan risiko darah tinggi
    Insyaallah jika diamalkan selalu, risiko untuk mendapat penyakit ini akan berkurangan. Jangan lupa diiringi doa juga.
  • Mengurangkan tekanan serta tenang 
    Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk menghilangkannya.
  • Meningkatkan sel darah putih 
    Mandi dengan air sejuk akan meningkatkan sel darah putih. Apabila sel darah putih banyak maka daya tahan tubuh terhadap penyakit pun meningkat.

No comments:

copyright@ nadikehidupanku.blogspot.com