StoRy

Thursday 24 January 2013

Salam Maulidur Rasul

Bismillahirahmanirahim.....


Sempena dengan hari baik iaitu hari keagungan kita, diambil sempena mengingati hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w..saya nak bercerita sedikit mengenai Maulidur Rasul....Masa umur anak saudara saya 5tahun, pasti akan dengar dah dia nyanyi lagu ni..


“Nabi kita namanya Muhammad..ibu Nabi Siti Aminah..ayah Nabi namanya Abdullah..Abdul Mutalib nama datuknya..Nabi dilahirkan di kota Makkah 12 hari dalam tahun gajah..menerima wahyu di Gua Hirak..Nabi wafat di kota Madinah”

Disini kita boleh nampak dah yang budak kecik pown dh tahu bila Nabi Muhammad dilahirkan kan..hari ke-12 dalam tahun gajah..

Sebenarnya, Maulidur Rasul berasal dari perkataan Arab (kelahiran Rasul) di mana ia merupakan hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim) bertarikh 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 Masehi. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala (S.W.T). Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulidur Rasul atau Maulid Harta.


Kenapa pentingnya nak ingat sangat kelahiran Nabi Muhammad s.a.w??...Masya’Allah, mengucap panjang kita jika tetibe ada org yang bertanya demikian kan...seharusnya kita sebagai seorang muslim muslimah perlu untuk mengingat segala peristiwa yang berkaitan dengan Islam..Nabi Muhammad s.a.w. adalah utusan daripada Allah s.w.t. untuk kita semua...Nabi jugaklah orang yang bertanggungjawab untuk mengurangkan waktu solat kita sekarang...kalau tidak,agaknya berapa rakaat yang perlu kita lakukan sekiranya Nabi tidak menolong kita.

Sebenarnya, Maulidur Rasul tidak pernah disambut oleh Rasulullah SAW walaupun sekali. Begitu juga para sahabat, tidak pernah menyambut hari kelahiran Rasulullah sewaktu hayat Baginda. Malah sahabat-sahabat sendiri pada zaman itu tidak pernah menyambut hari kelahiran mereka. Hal ini kerana sambutan itu belum menjadi budaya mereka pada waktu itu. Tidak seperti kita pada hari ini, menyambut ulang tahun kelahiran dengan pelbagai cara.

Pada zaman awal Islam belum ada keperluan untuk mereka menyambut hari kelahiran kerana mereka tidak mahu memikirkan usia mereka. Mereka juga tiada keperluan untuk menyambut hari kelahiran Rasulullah kerana setiap hari mereka boleh bertemu Rasulullah terutama apabila berasa rindu. Mereka ini meskipun tiada berkesempatan untuk bertemu Rasulullah, sekurang-kurangnya selawat akan meniti pada bibir mereka. Tetapi pada zaman tabi’in, umat Islam sudah berselerakan ke seluruh dunia dan dalam keadaan itu mereka semakin jauh dengan Makkah dan Madinah. Tidak dinafikan, sebahagian mereka lupa untuk mengamalkan Islam lantaran semakin jauh daripada roh ajaran dan perjuangan Rasulullah. Mujurlah ulama masih ada lalu mengambil inisiatif untuk membimbing orang ramai ke jalan benar.

Di celah-celah itu lahirlah sebuah karya yang diberi nama al-Barzanji nukilan Syeikh Jaafar al-Barzanji. Di dalamnya mengandungi kisah Rasulullah SAW semasa kelahiran sehingga wafatnya. Kemudian kisah itu dibacakan kepada orang ramai yang dipersembahkan dengan cara yang menarik bagi membangkitkan rasa kecintaan kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya. Namun untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dalam jumlah yang lebih ramai maka diadakan majlis itu pada hari kelahiran Rasulullah SAW. Di sinilah bermulanya sambutan Maulidur Rasul dalam sejarah Islam.

Hari itu dipilih bukan semata-mata untuk sambutan hari lahir tetapi satu taktik untuk mengumpul orang bagi memperdengarkan kisah Rasulullah SAW yang semakin dilupakan. Sebab itu kalau kita lihat, apabila menyambut Maulidur Rasul, ceramah berkenaan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w pasti akan kita dengari...walaupun setiap tahun isinya sama, malah ianya tidak pernah kita jemu untuk mendengar..matlmatnya, semoga umat boleh kembali kepada ajaran Rasulullah seperti zaman sahabat dahulu.

Berdasarkan sejarah itu, maka sambutan Maulidur Rasul yang dilaksanakan pada hari ini seharusnya bukan semata-mata untuk meraikan hari kelahiran Rasul. Itu bukanlah matlamat asal sambutan tetapi lebih kepada usaha mengingatkan kembali umat Islam kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya. Oleh sebab itu, acara yang boleh dihidangkan pada hari itu boleh dipelbagaikan asalkan menjurus kea rah menyedarkan umat Islam kea rah mengingati Rasulullah dan perjuangannya. Kalau dahulunya dibacakan barzanji tentu tidak salah pada hari ini disampaikan ceramah di samping pembacaan sejarah Rasulullah, bernazam, bernasyid, membaca al-Quran dan banyak lagi.

Yang penting semua itu boleh menyedarkan umat Islam kepada mengingati perjuangan Rasulullah. Dengan acara tersebut tidak timbul isu bidaah seperti yang selalu kita dengar dakwaannya pada hari ini kerana semua aktiviti itu pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan baginda tidak pula melarangnya. Pada hari ini kita tambahkan lagi aktiviti dengan perarakan sepanduk sambil berselawat dan niatnya juga untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW. Amalan berarak ini pernah dilakukan para sahabat ketika menyambut ketibaan Rasulullah SAW di Madinah dari Makkah. Ternyata perbuatan sahabat itu tidak dilarang oleh Baginda.

Sempena sambutan itu juga, ditambahkan acara memberi anugerah dan penghargaan kepada orang tertentu. Amalan ini juga dilihat baik dan boleh membawa kepada rasa minat seseorang untuk mencontohi Rasulullah. Sambutan ini perlu dibezakan dengan sambutan Barat terhadap sambutan hari lahir diri sendiri, sambutan acara potong kek, menyanyi dan menari dan sebagainya dan juga tidak sama dengan sambutan hari lahir bagi orang yang hidup dengan mati.
Jadi, semoga amalan kita pada hari ini menyambut Maulidur Rasul diterima oleh Allah SWT sebagai ibadah mengingati dan mensyukuri nikmat yang Allah s.w.t. berikan ini..InsyaAllah.


No comments:

copyright@ nadikehidupanku.blogspot.com